Thursday, December 24, 2009

Happy 3rd Anniversary, Yang....

Salam Joy,

Today is 24th December 2009, means that we have been married for 3 years….Happy Anniversary, Sayang!!! This 3 years have been very wonderful years in my life…Proud and thankful to be Mrs Shah Rizal.

Sayang,
Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-3. Terima kasih atas segala yang kita kongsi bersama selama ini…Terima kasih atas anugerah yang Allah berikan kepada kita… Percayalah, Sayang segala ujian yang Allah berikan adalah ujian cinta kita, sejauhmana kita mampu menyokong antara satu sama lain.

Why do I feel grateful to have you….
1- Awak selalu ada di sisi saya dalam apa juga keadaan. Terima Kasih.
2- Awak lah suami yang paling memahami dan sangat ringan tulang….heheheh…lagi-lagi for the past few months…[dah puji ni…malam nih belanja yer….]
3- Awak full of love…sayang saya and anak-anak…takpe lah awak tak romantic pun, kurang prihatin sikit…asalkan saya tau awak sayangkan kami….tq so much Sayang…


Jom layan few pics of us together lagi….[edisi cintan-cintun yer]

Masa dating - 2005 :P


Nikah - 24Dec2006

Majlis Kenduri Dewan Seri Delima- 25Dce2006


Honeymoon cum Kursus Profesionalisme MRSM [ceh...:)]

daaa...take care!!!


Wednesday, December 23, 2009

Jom Layan...

Salam Joy,
Jom layan these pics....Shah and Ila from 2007 till 2009.....Kiranya pre-anniversary entry lah nih...^_^



Dinner LPT @ Bukit Tinggi - Jan 2007

Bukit Tinggi - Jan 2007

Pameran Keagungan Islam [KLCC] - Jan2007

Kuala Terengganu - Jun2008

Eid Fitr - Oct2008

Family Day @ Zoo Melaka - Nov2008

Berhimpit dalam khemah jualan sbb hujan @ Jom Heboh - Jan2009

Eid Fitr - Oct2009

Sunday, December 20, 2009

Andai telah ditakdirkanNya

Salam Joy,

Esok genaplah 40 hari Aiesya dilahirkan. Alhamdulillah Ibu panjatkan kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Besar. Namun keadaan Aiesya masih sama malah makin lemah dari hari ke hari. Ibu redha.
Semalam, sewaktu lawatan Ibu ke Hospital Batu Pahat, Dr telah tunjukkan X-ray film abdomen Aiesya kepada Ibu. Menurut Dr peparu kiri Aiesya telah dipenuhi udara yang menghalang penyerapan Oksigen ke dalam salur darah. [Inilah punca peratus oksigen dalam darah Aiesya rendah]. Ini menjadikan peparu kiri Aiesya sangat tidak effisien.
Dr juga memaklumkan kepada Ibu bahawa TIADA harapan untuk peparu Aiesya sembuh. Aiesya mungkin mampu bertahan beberapa bulan, namun dengan bantuan ventilator sepenuhnya.
Apalah yang mampu Ibu katakan, Ibu hanya terkesima dan terkedu. Memang setiap yang hidup pasti akan mati, dan keadaan ini telah Ibu dan Ayah sedia maklum, tetapi naluri keibuan Ibu tetap tidak dapat menerimanya dengan ikhlas.
Salahkah Ibu jika masih ada sekelumit harapan dalam hati Ibu mengharapkan Aiesya akan sembuh?
Salahkan Ibu jika perasaan sedih menyelubungi diri bila Adam bertanyakan Adik Aiesya nya?
Salahkah Ibu jika sebak mendengar Adam mendoakan adiknya setiap kali disuruh oleh Ayah?
Salahkah Ibu??
Ya Allah, jika Kau menyayangi Aiesya lebih dari kami menyayangi nya, maka Kau tempatkanlah Aiesya di kalangan orang yang beriman di sisiMu. Namun, andainya ada rezeki untuk Aiesya kembali sembuh, mudahkanlah Ya Allah. Mudahkanlah, Tenangkanlah anak kecilku menghadapi ujian yang sangat getir ini.
Setakat ini apa yang mampu Ibu berikan untuk Aiesya hanyalah doa selain air susu yang masih mengalir ini. Sementara Allah memberikan waktu untuk Ibu terus bersama Aiesya, Ibu akan pastikan Aiesya hanya minum susu Ibu. Ibu akan pastikan Ibu makan makanan yang berzat [Gamogen, Vitamin C 500mg, Multivitamin Vitalea, Vitamin B Complex, Alfalfa-milk booster] supaya susu yang Ibu hasilkan turut berkhasiat. Hanya itu sahaja yang mampu Ibu berikan untuk anak Ibu.
Aiesya,
Ibu redha atas segala yang Allah takdirkan. Ketahuilah anak Ibu, Ibu halalkan setiap titis air susu Ibu untuk Aiesya, Ibu redha setiap detik dan saat Aiesya berada dalam rahim Ibu. Ibu redha atas segala bendalir yang pernah mengalir dalam salur darah yang pernah kita kongsi bersama....Ibu halalkan,sayang...Tenanglah Aiesya...walau apapun yang berlaku, Ibu dan Ayah redha dan mendoakan yang terbaik buat puteri Ibu....
Take care.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Awal Muharram

Salam Joy,
Hari ni merupakan hari terakhir dalam kalendar Islam tahun 1430 dan esok merupakan hari pertama, permulaan tahun baru 1431. Alhamdulillah allah memberi peluang kepada ku untuk terus hidup...tapi mati itu dekat, entah-entah esok kita tidak akan berjumpa lagi....
Maka, manfaatkanlah masa-masa yang ada dengan sebaiknya.


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah ya Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada melupakannya dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunan Mu.
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dan Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami mohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.
Ya Allah Tuhan yang maha pemurah.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang.
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah ya Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon daripada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongon mengalahkan runtunan nafsu amarah. Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah Tuhan yang maha agung lagi Mulia. Ya Allah tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

daa...take care.

Wednesday, December 16, 2009

EBM decreases problem

Salam Joy,
2 - 3 hari nih EBM production is not consistent. Paling-paling banyak pun 4.5 oz jer per pumping session. Sometimes I only manage to pump 2.5 oz. Sedihnyer.....
Antara sebab yg mungkin ialah kurang air kut. tapi I always ensure that my water consumption is more than 2 L per day. May be 2 L is just not enough for me. I need to consume more water.
So, today I surf for power pumping to increase milk production. It's true that our baby is the best pump in the world. The more they nursing, the more milk will be produced. Since my baby is not ready to nurse, I have to use breastpump to express my breast milk.

What is power pumping technique??
Power Pump:
1 - Pump for 10 minutes,
2 - wait a few minutes, pump another 10 minutes,
3 - wait a few minutes, and then pump another 10 minutes.
You should experience three or more separate letdowns and more milk overall.
ok...we'll see the result by 2-3 days later...
daa...take care..

Tuesday, December 15, 2009

Anniversary??? Apa nak buat?

Salam Joy,

I have another 9 days to plan activity on our special day...mmm our special day is on the 24th Dec. Esok tu cuti Christmas. Apa lah nak buat yek???

Planning to watch movie jer. 2012 ok tak?? kene cari yang Hubby leh terima gak... then seperti biasa, visiting Aiesya the next day. I think, Aiesya is the anniversary gift to both of us. Allah has give us Aiesya to test our love bonds....how much we care for each other....how we support each other....
So, berbalik pada tajuk asal, apalah nak buat yer? nnt i'll update yeah...
daaa..take care...

Life's greatest happiness is to be convinced we are loved.

Friday, December 11, 2009

Thursday, December 10, 2009

Zinc...Atap Zink?

Salam Joy...

dah lama tak menulis tentang something yang quite ilmiah...bila sebut tentang chemicals mesti ramai di kalangan kita yang rasa takut...maklumlah bahan kimia ni tempatnya di makmal yang biasanya sinonim dengan 'BERACUN', 'MERBAHAYA', 'MUDAH TERBAKAR' dan banyak lagi perkataan yang agak menakutkan...

Jika kita tidak mencari dan menambahkan ilmu di dada, mesti ramai yang tak tahu bahan kimia yang kita takuti itu sebenarnya banyak manfaat kepada kita...[dedicated to all my students who hate chemistry, please don't hate chemistry..]

kita biasa dengar orang sebut atap zink...periodic table also mentioned about zinc...Zinc is the 30th element in the Periodic Table, which means Zn has atomic Number of 30, situated in Group 12 and 4th Period in the Periodic Table of Elements. Itu kalau jawab soalan kimia Tingkatan 4 :)


mmm...Tapi tahukah kita fungsi zink amat besar dalam tubuh badan kita? According to http://www.nutritional-supplements-health-guide.com/benefits-of-zinc-supplements.html

zinc involved in wide range of metabollic activities. Zinc amat diperlukan dalam proses pemulihan kecederaan, peningkatan tumbesaran termasuklah pertumbuhan rambut. Selain daripada itu, Zink juga perlu dalam pembentukan insulin di hati [agak-agak apa fungsi insulin ye...nnt kita bincang kemudian], pembentukan antibodi atau daya tahan penyakit, dan yang paling hangat dibincangkan bagi yang dah berkeluarga ialah kesuburan.

So, jangan lupa memasukkan Zinc yang sebelum ini sinonim dengan atap rumah tu ke dalam diet seharian, ye...Jangan risau, tak perlulah menyeludup masuk ke makmal kimia, Zinc can be consumed from meat, oyster, wheat germs and milk. So, for a healthy family...lets eat Zinc...:)

Update tentang Aiesya

Salam Joy,

Hari ni Aiesya dah 29 hari...Alhamdulillah Aiesya masih diberi Allah kebenaran untuk meneruskan usahanya.
Aiesya masih lagi memerlukan ventilator kerana peparunya masih dikategorikan sebagai lemah dan berada dalam tahap kritikal.


Namun, telah 2 hari Aiesya dibenarkan minum susu. Hari Ahad lepas Aiesya terpaksa dipuasakan semula kerana keadaannya yang kurang stabil selepas 1 hari dibenarkan menyusu. Alhamdulillah susu Ibu masih cukup untuk dibekalkan kepada Adam dan Aiesya. (Walaupun untuk Adam hanyalah sebagai tambahan sahaja). Ibu harap 2ml susu ibu per 3 jam akan membantu Aiesya melawan kuman dan memulihkan dari penyakit.

Apapun, semuanya Ibu serahkan kepada Allah...semoga Allah memberikan yang terbaik buat kita semua kerana Allah Maha Tahu lagi Maha Menentukan sesuatu...

Wednesday, December 2, 2009

Berita Hari Rabu...

Salam Joy...

Hari ini sudah 6 hari, dan Aiesya masih lagi dalam keadaan kritikal. Peratus Oksigen dalam badannya masih rendah daripada yang sepatutnya.

Semasa melawat Aiesya hari ini, Ibu melihat wajah Aiesya sangat tenang. Tenang hati Ibu melihat Aiesya. Namun, di sebalik ketenangan itu wajah tenang Aiesya itu amat menyayat hati Ibu. Hati Ibu bagai dirobek-robek, seluruh kebahagiaan Ibu seolah ditarik dari kehidupan Ibu. Tapi apalah daya Ibu, Aiesya....Ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Aiesya...

Semoga Allah mempermudahkan apa saja yang ditakdirkan untuk Aiesya....

"Hasbi Allahu La Ilaha Illahu, wa Alaihi Tawakkaltu, wahuwa Rabbul 'arsyil 'azim"

Monday, November 30, 2009

Aiesya Zaffan

Salam Joy...

Dah hampir 4 hari sejak Dr mengesahkan peratus pemulihan Aiesya semakin berkurangan. Itu bermakna sudah 4 hari juga Ibu berulang ke Hospital Batu Pahat untuk menemankan Aiesya. Air mata ibu masih mengalir mengenangkan puteri yang dikandung semakin lemah. Namun begitu, Ibu bangga mempunyai puteri sekuat Aiesya.

Jika dikira sejak hari pertama Ibu mengalami pendarahan semasa mengandung, kini lebih 4 bulan Aiesya berusaha dan terus berusaha untuk hidup. Memang amat sesuai Ibu dan Ayah namakan puteri kami sebagai Aiesya yang bermaksud 'kehidupan'. Aiesya akan terus hidup, sayang...walau di mana juga Aiesya berada.

Selama 4 hari ini kami berusaha memberi semangat kepada Aiesya. Bukan sebelum ni kami tak buat. Cuma kini ia lebih spiritual. Kami (ayahnya, Ibu hanya mengikut di dalam hati) bacakan Yaasin. Supaya Allah mempermudahkan usaha Aiesya. Walau apapun kesudahannya, Ibu dan Ayah redha dan pasrah kerana kami tahu Aiesya pasti berada di kalangan yang istimewa di sisi Allah. Ibu juga zikir untuk Aiesya supaya puteri Ibu akan tenang berjuang.

Sesungguhnya, hati ibu mana yang tidak sayu melihat anak yang dikandung berbulan-bulan bergelut dan berusaha untuk terus hidup. hati mana yang tidak sayu melihat tubuh merah anaknya penuh dicucuk jarum dan tube....hati mana yang tidak sedih bila mana Dr memberitahu bahawa kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan kerana peluang anak kami untuk hidup makin tipis...hati siapa????

Namun Aiesya Zaffan, Ibu dan Ayah percaya semua
ini ada hikmahnya buat kita semua. Sabarlah sayang...Kami mendoakan Allah mempermudahkan segala-galanya buat Aiesya....
Sayang...Ibu sayang Aiesya....

Thursday, November 26, 2009

Iklan kegemaran kami...esp Adam..

Mari kita kongsi iklan kegemaran kami rite now...



daaa...salam Joy, and take care too...

Wednesday, November 25, 2009

Berita dari Batu Pahat...

Salam Joy...


sampai dari Batu Pahat tadi dah pukul 6.55 pm...ooh sangat penat our journey today...

bayangkan keluar rumah pukul 10.50 am, and lewat petang baru sampai rumah...


Ok, kita tolak cerita lain, aku just nak update hal Aiesya...Alhamdulillah, like I wrote in my last entry, Aiesya has been allowed to consume milk, and I bought 4 bottles contains 3 oz of my EBM each....Mmg lah tak banyak, maklumlah stimulation just from the breast pump jer...biarlah susu ni akan sentiasa ada...walaupun sikit, tapi tak berkurang...



Gambar ihsan dari Mom'sLittleOne
[I used this type of bottle, comey...]

erm...Aiesya still need the ventilator, coz the percentage of Oxygen in her body is still not convincing...furthermore, the quantity of red blood cell pun berkurangan...so, kena masukkan darah pulak...

actually, mmg tak sanggup tengok our little baby dicucuk sana sini...but I have to bare in mind that itulah the best for her rite now....pencapaian yang membanggakan, hari ni aku tak nangis depan Aiesya, I can control myself, Alhamdulillah....

so, can't wait to see my little girl next saturday....wait for me dear....

oh...SALAM AIDILADHA kepada semua!!!!!

daaa...take care...

Tuesday, November 24, 2009

positive improvement - 24 Nov 2009

Salam Joy...

I've just receive a call from Hubby saying that nurse at Bt Pahat called him...
Alhamdulillah...Aiesya dah allowed to consume milk...starting from yesterday...tapi tgh hari tadi called (may be other nurse) derang cakap still tak ada perubahan apa-apa since Sunday....

Apa pun Alhamdulillah...

Ibu doakan Aiesya akan cepat sihat...sayang esok Ibu akan datang....wait for me dear...

daa..take care...

Monday, November 23, 2009

33 days Diary

24th Oct 2009

Ibu is 28 weeks and 2 days pregnant
- 4 days warded at Hospital Melaka due to PV bleed
- on 20th Oct, Dr said that the placenta is now anterior upper section
- tapi amniotic fluid cukup-cukup jer...
- Dr diagnose that there might be leakage during the bleeding
- Ibu has to take antibiotics for 10 days starting from 22nd Oct

31st Oct 2009 : 10.51pm
Ibu is 29 weeks and 3 days pregnant- 11 days warded
- on IV Rocephin (antibiotics) for 7 days due to infections (high sensitivity to pseudomonas)
- therefore, Ibu has to undergoes daily CTG, biweekly scan and doppler, biweekly blood test - currently amniotic fluid is still low [only 6.4]
- baby is breech, if there are sign of chorioamnionitis, Ibu has to deliver the baby through Ceserean...but Dr will wait as long as possible so that baby is ready....

"Chorioamnionitis is a condition that can affect pregnant women in which the chorion and amnion (the membranes that surround the fetus) and the amniotic fluid (in which the fetus floats) are infected by bacteria. This can lead to infection in both the mother and fetus, and, in most cases means the fetus has to be delivered as soon as possible."

-clevelandclinic.org-

31st Oct 2009 : 11.20pm
Ibu is 30 weeks pregnant
-16 days warded
-generally, all CTG are accepted for 29-30 weeks baby
-according to scan and doppler done by Dr Tricia, baby's heart and the body development are still normal
-AFI still dropping to 3.8 about a quarter than it should be
-so, Dr estimate that the operation will be done in the 32nd week of pregnancy
Ibu hope by that time baby's weight is higher and the body system is mature enough. Ibu also pray so that Allah will give the best for all of us.

"gedeguk" baby is kicking:)

10th Nov 2009 : 4.08pm

Ibu is 30 weeks and 5 days pregnant -22 days warded

-AFI is still low. Only 4 and the baby is breech
-CTG is accepted

-Yesterday, colour of discharge is different from usual. After VE (Ibu doesn't likes it), it consider as usual discharge and not one sign of chorioamnionitis.

-Date of delivery through ceserean has been booked on 20th November 2009

Ibu hope everything will be fine......Amin...

14th Nov 2009 : 12.26pm

My miracle baby girl has been safely delivered on 11th November 2009 at 4.25pm through emergency operation at Hospital Batu Pahat....Far and far away from Melaka...

Now Ibu still at Muar at rumah Mak. Alhamdulillah Ibu has been discharge from the hospital yesterday. Unfortunately, baby Aiesya (means 'Life') still at the hospital because she still need the ventilator and the incubator in the Neonatal Intensive Care Unit. (will write about write about all the new term which Ibu has discovered in the NICU later...)

Ibu hope Aiesya will be stronger and stronger everyday...I miss you so much my girl....

Sunday, November 22, 2009

My Miracle Prem Baby - Aiesya Zaffan bt Shah Rizal

My baby Aiesya is a prem baby...so, mesti dah terbayang betapa keciknya Aiesya, kurusnya dia....kan???

Alhamdulillah, dia tak sekecil yang kita bayangkan,Joy....she is 41cm long and the weight is 1.3kg...but...yang tak sanggup dibayangkan ialah all the tubes yang dicucuk ke tubuh kecil baby ku....mmg tak sanggup, ibu mana yang tak mengalirkan air mata bila tgk anak kita yang masih merah penuh berselirat wires and tubes...gambar mmg tak boleh captured...so, I'll paste gambar dari google ye...



Ventilator: If your baby is very premature or weak, she might need a ventilator to help her lungs do the work of breathing. This machine pushes air into the lungs, through a tube that has been passed into the windpipe.

Drips, lines and catheters: Tubes are placed in your baby's veins to deliver fluids, medicines or nutrition. Tubes are placed in her arteries to test her blood pressure or oxygen levels.

Infusion pump: This machine makes sure that medicines and fluids are delivered into your baby's veins at the right rate and speed.

Saya dah balik...

Salam Joy,

today is 22nd Nov...its been 33 days I've been away from home...
22 days at Hospital Melaka, 3 days at Hospital Pakar Batu Pahat, and 7 days at my in laws in Muar...
Semuanya Allah yang tentukan...ingatkan i'll be hospitalized until January, but Allah dah tulis awal2 aku akan deliver my baby girl 66 days earlier that the EDD...thats make my baby become a premature baby and need ventilator support...
will update about baby later...tapi nak abadikan diary sepanjang 33 days away from home nih nanti...

but for today...nak rehat dulu lah...
daa..take care

Friday, October 16, 2009

Saya sangat Jakun...

hehehe....

first of all, thanks to roza's blog...sbb kenalkan shutterfly software pada ku...al maklumlah...ku sangat lah buta IT pasal nak mengedit2 layout gambar nih...
other than shutterfly, i also use photoscape...

these are old pics...but baru compile...mari kongsi same-same....

Name...name...name...

Salam Joy....

i'm typing this entry while lying on bed...feeling like OKU...tapi memang sekarang ibu tgh kurang upaya....75% of my time, i spent it lying on the bed...

so..masa yg terluang sangatlah membosankan...what did i do??
1- searching for suitable name for baby....hehehe...
now I have several names...but didn't decide yet...need to discuss it with Hubby...

2- do online shopping...hehehe...
mmglah aku pandai menghabiskan duit...but the things that I've bought mmg perlu...and that makes the shopping is worth it...furthermore, fabulous mom are having yearly sale....doesn't it worth it doing shopping during sale???

till then Joy...
HAPPY DEEPAVALI...

Sunday, October 11, 2009

Apa fungsi Amniotic fluid/air ketuban?? and What is Irritable Uterus (IU)?

Last friday, aku n Hubby ke Klinik Amal, scanning lagi...coz asik risau jer pasal baby...lagipun tetiba kat sekolah sebelah paginya, aku sakit lagi...sian kakak-kakak Kimia and Fiza...Risau pasal aku...

so, Dr said that I'm suffering the Irritable Uterus during Pregnancy...Ada jugak bendalah nih yer??? Dah ler Low Lying Placenta, Dr said I must have enough rest, kiranya senang cakap...kalau kat rumah tuh baring jer...bangun bila nak masak, makan or buat mende2 yang kene berdiri...
kalau aku penat, baby will stress and my uterus will cramp and causing the bleeding session...

when baby is stress, the amount/volume of amniotic fluid is decreasing...and that is danger....

so, this is several info on amniotic fluid..

Amniotic fluid or liquor amnii is the nourishing and protecting liquid contained by the amniotic sac of a pregnant woman. The amniotic sac grows and begins to fill, mainly with water, around two weeks after fertilization.

After a further 10 weeks the liquid contains proteins, carbohydrates, lipids and phospholipids, urea and electrolytes, all of which aid in the growth of the fetus. In the late stages of gestation much of the amniotic fluid consists of fetal urine.

The amniotic fluid increases in volume as the fetus grows. The amount of amniotic fluid is greatest at about 34 weeks after conception or 34 weeks ga (gestational age). At 34 weeks ga, the amount of amniotic fluid is about 800 ml. This amount reduces to about 600 ml at 40 weeks ga when the baby is born.

Amniotic fluid is continually being swallowed and "inhaled" and replaced through being "exhaled", as well as being urinated by the baby. It is essential that the amniotic fluid be breathed into the lungs by the fetus in order for the lungs to develop normally. Swallowed amniotic fluid contributes to the formation of meconium.

Irritable Uterus during Pregnancy (IU)

Irritable Uterus, in and of itself, may not cause a woman to deliver a premature baby. We, however, believe that an irritable uterus can and often DOES, in some mysterious way, trigger a woman’s uterus to start preterm labor, which can cause preterm birth.


Thursday, October 8, 2009

Fetal Doppler Baby Heart Monitor

Salam JOy,


according to the ticker, there are 100 more days to go on this pregnancy....kemajuan yang baik...namun hari yang me and my family going through sangatlah merisaukan....due to my condition rite now....

[for your information the bleeding is still continuing....]

so, I decided to buy Fetal Doppler, so that aku boleh sentiasa tahu baby's heart is beating ok.

what do you think????

Monday, October 5, 2009

I'm home...

Dear Joy,

Alhamdulillah, aku dah ada kat rumah hari nih..have been discharge yesterday...

but still i have to take care of myself extra carefull...coz the bleeding is still there...pelik but have to accept it positively...Mr Hubby said, this is our test...so, we have to be prepared mentally and pray for Allah guidance...

daa...Take care..

here are some information on low lying placenta...

" The upper part of the uterus is the most favorable area for placental implantation because it is rich in blood and, therefore, nutrients and oxygen.

The lower uterine segment is not and, therefore, it is possible that if the baby implants too low (low-lying placenta), risks of intrauterine growth restriction and preterm labor are much higher.

If the diagnosis is made before the 28th week of pregnancy, chances are excellent that, as the uterus grows upward, the placenta will migrate (move up) with the uterus and no longer be low-lying.

If the diagnosis is made in the third trimester, this migration becomes less of a probability. Then what matters is "how low is low?"

During the last trimester, and especially in the last month, the lower uterine segment thins appreciably and pulls up a bit, which is what causes cervical effacement (thinning) and early dilatation.

If the placenta is impinging on the lower segment and is not up in the fundus where it is supposed to be, then part of the placenta may dislodge and hemorrhage may occur. This first episode of bleeding is not necessarily fatal to the baby or mother, but this then becomes a very high-risk pregnancy involving bedrest, no intercourse and no internal examinations. The prospect of a cesarean birth is quite high."

Backe dated Entry - 1st October 2009

Salam Joy,

I've been admitted to Melaka General Hospital again, and this time I really don't know how long I'll spend my time here as the Gynea said that I should rest physically and mentally. She suggested that I cannot coop with the pressure and stress I've been dealing with. As for me, I'm not stress or depress but a bit exhausted.

Yesterday, after having dinner with Mr Hubby, I play with Adam. Adam was laughing and I love when he is smilling and laughing. Suddenly, I felt something coming out, then I went to the toilet to check and do something...what was shocking me to death is there are blood clot and fresh blood...so many bad things appeares, Ya Allah I don't want to lose my baby...

Alhamdulillah, baby is gaining her weight healthyly. Only Ibu who still have low lying placenta and some erosion in the cervic area.

Ya Allah give me the best, give me the strength to deal with the test...i'll do anything, I'll try to stand the pain I've going through due to medicinal session, all for my little baby. I want to give as many chances as I can to my baby so that she will survive....Amiin..

Daa, Take care...

Wednesday, September 30, 2009

Hari yang sungguh menguji kesabaran...

Salam Joy...

semalam 290909 sangatlah menguji kesabaran...
paginya sangat mengujakan, coz the SPM Intensive Programme is started...


tak sabar sungguh rasanya nak jumpa dengan students tercinta..ehhehhe...well, the session goes well...and i'm satisfied with all the attention and cooperation given by those students...

but my day turns up side down starting from 12.00 pm...10 minutes before the class ended...


secara tiba-tiba, abang mesen rumput tu menggamit Cikgu Rozila, ingatkan apalah yang dia nak tunjukkan. Rupanya nak memberitahu, my Ozzy Orange's back screen dah berderai dihentam batu akibat proses memotong rumput...mmmmmm...

peliknya, Cikgu Rozila tak rasa sedih atau pun marah tetapi masih sabar....May be too exhausted sbb baru lepas 2 hours bercakap tak henti...

dengan cermin kereta yang dah rongak tu, aku pun still attend my appoinment with KIA Jasin. Di Klinik, aku dibebel pula oleh kakak-kakak nurse sebab 'kencing kotor' and 'my Hb drop tp 9.9mg. Sungguh sangat tidak sedap didengar...

Lalu aku pun diarahkan ke Lab for further urine check-up and Alhamdulillah the results oklah pulak...hehehhe...ceria sikit...

Malam pulak...hubby pulak wat muka seposen jer...lalu berlangsunglah episod makan orang bisu, tidur pun bisu jugak...just Adam jer yang tak puas-puas bercerita pasal BAJAK dia...

Ish...sangatlah tensen bila hubby wat muka seposen...biarlah yang lain-lain tu menyakitkan hati...but I always hope yang Mr Hubby tak buat muka seposennye...:) sorry sayang...luahan seorang isteri...

Hope that today and the day after this will be more enjoyable...Insyaallah...

Take care...
daaa..

Saturday, September 26, 2009

Lagu Raye Kami Tahun Ini

Hujan & Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Happy Birthday Adam Zikry

Salam Joy...

Yesterday [25th September 2009] was Adam's 2nd birthday...
Happy Birthday sayang...Ibu doakan semoga hidup Adam sentiasa dirahmati, dipermudahkan dan diberkati Allah...

Apa yang Adam dah boleh buat ye???

nama ayah--> chah
nama ibu--> bu chah...yg ajar lain, yg disebut lain...
anak siapa--> nak bu

colour yang dikenali--> oyeng, llow, yeen, lack, yed, luu

numbers-->one, two, three, five, nine, ten

alphabet-->a,b,c,d

huruf--> alif, ba, ta, tha

yang lain-lain tuh...biasa-biasa jer...kenal his uncle,tok pa, ummi, achu [pak su], ateh [pak teh], tok mah, tok med

semoga anak ibu sihat dan sejahtera...love you always dear...

Thursday, September 3, 2009

berehat di Malacca GH

Salam Joy,

as i mentioned in previous entry...i've been referred to Malacca GH for further check-up on continuous staining discharge...so, yesterday i had to spend a night at the hospital...berehat, goyang-goyang kaki. leaving my BOY and by beloved HUBBY [just for a while]...

and alhamdulillah everything turns ok...i have low placenta, with some sevical erosion...baby is ok and growing healthy...that's the best part...


precaucionary step: we have to wear mask, sbb H1N1 sangat dasyat di melaka...
always wash our hands after what ever activity conducted...


and now i'm back....dapat MC for tomorrow, will go back to school on Monday...but yeah...the TRIAL paper is waiting for me....

Enjoy yourself Ila...

Jom layan Food's Pic..:)

Salam JOy,

These are several juadah yang dah dibuat in this fasting months..
tak banyak koleksi gambar...


Maccaroni Goreng : Boleh lah untuk first timer...kira kaedah cuba jaya..Adam love the macaroni a lot...he called it as mee...



Ikan siakap Goreng sweet n Sour...ini jelah rupa yang mampu dibuat...
maklumlah...main campak-campak jer,kan...but the results turn just ok...


Sayur Sawi Goreng - Masakan biasa...


hehehe..nilah santapan masa HARI BERSHOPPING...Adam's and My favourite:P


This is not the food's pics yer...hehehhe...SHARING is CARING...lagi 2 comel tuh tak tau anak siapa..terjumpa masa kat KFC Jusco Melaka...the best part is, my boy is learning how to make friends by sharing his foods with the kids...ish,ish,ish....McD fries...
Pandai pulak mamat nih...biasanyer kan main kedekut lagi...good sign BOY...


Ayam goreng rempah...mmmm..sedaaap...sehingga menjilat jari..heheheh

tom yam campur yang belum dimasukkan sayur-sayurannya...so that the veges...is crunchy...yumm...yum...



ok daa...

Wednesday, September 2, 2009

Mood Tak Baik...

Salam Joy..

bertepatan dengan tajuk entry ni, mood saya mmg sangat tidak keruan sekarang....smalam dan hari ini...this is due to my appointment with KIA Jasin smalam...so, as the result satu malam angin aku mmg x betul hehhehe...dengan Adam pun aku leh nangis, apalah ibu nih...[xyah ceritalah sebb apa yang Adam buat aku nagis tu..MALU..]

so, it's almost a month i had the spot of staining due to PV bleeding [according to the DR].  so, I've been urge to see the gynea at Hospital Besar Melaka, urgent! petang smalam jugak...tapi si degil Ila nih nampaknye x sanggup nak berbuka dia hospital dan mendedahkan diri pada virus H1N1 yang berlambak kat spital tu...therefore, we decided to go there today...

that is 1.  

kenapa aku rasa HUBBY seems dont care jer about myself??I'm carrying his babies....poor baby, slalu kene dgr ibu sedih sorang2...sedih jer tgk other couple go for antenatal check-up together...but me, always by myself...but thats is acceptional, my hubby is always busy with his work...but today, I have to go to gynea alone...dia nak hantar and fatch aku jer...sedih sangat2...tgh2 makan sahur tadi puas cover so that i won't cry in front of him...sometimes i think, it is better if i doesn't have the driving licence...nnt biar dia susah kene hantar aku...
mmmmmmmmmmmmm......

sabar ila, sabar.....syukur banyak2....
there must be a reason Allah test you....so that you know how to control your patience...

daa..take care JOY...

Friday, August 28, 2009

its easy to be said than to be done

salam JOY,

Yesterday we visit Cema, whose still in confinement period....what a sweet and cute princess she has...congratulation Cema..

we've been discussing about me and then about her until we mention about one of our closest friend during studying at UKM...we really miss her...and without knowing what's wrong that we have done to her...she seems like avoiding us...
yeah...aku tau DIA memang kind of emosional...but please let me know if i'm wrong....
I really miss her...

macam-macam theory yang kitaorang fikirkan...and at last the first theory seems like have the dominant effect...DIA belum ada anak lagi...
kesian, memang kesian...but again, itu adalah rezeki masing-masing...but Cema said, its easy to be said than to be done...mmmm, may be dengan avoiding us, it will decrease the tense she's facing with...

Ya Allah...semoga DIA sihat sejahtera, lindungilah DIA, berilah yang terbaik buat DIA dan kami...

daa...take care

Tuesday, August 25, 2009

When he is not around...:)

Dear JOY,

He is not around...feel likes emptiness is surrounding me...
heheheh...
actually Mr Hubby dah balik melaka malam tadi, then I realize that eventhough sometimes he made me mad, made me cry...i do love him...[tak salah,kan tetiba terasa hangat cinta tengah-tengah hari buta ni???:)]

so, lets share some lyrics...
dedicate this song to my beloved Mr Hubby, Adam, and the Baby in me...:)

Kau Tercipta Untukku - Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

daa..take care JOY

Sunday, August 23, 2009

2nd Day of Ramadhan

Salam Joy...

Diam tak diam dah masuk hari kedua semua muslimin dan muslimat berpuasa...as for me, first day of ramadhan sangat memenatkan...x tau lah kenapa...cam berkerja kuat sangat pulak siangnya...but the positive side, i manage to complete the whole day puasa...tu pun dah kira alhamdulillah...

bukan nak manjakan diri, tapi si kecik nih dalam dua hari nih kan main active pulak...nak bagi ibu semangat yer??? so, baby take care of yourself...as much as I am...

semoga ramadhan membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk semua...

this second day, we will break our fasting at tok pa's and ummi's house in KL...punyerlah jakunnye Adam masuk ke KL...semalam kat muar...

so, Joy...slamat menghabiskan puasa...

Thursday, August 20, 2009

Trial SPM Chemistry Practical Exam & Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

salam Joy...

biasa iklan  jer yang asyik guna 2 in 1, but this time aku pun nak wat ntry 2 in 1...heheheh
the reason, kesuntukan masa but still ibu wants to update the Joy...

Last tuesday was the SPM Trial Practical Exam [CHEMISTRY]...and terserlah lah yang sebenarnyer kita cikgu2 nih cam ngajar kerusi meja jer...heheheh..jgn marah yer my dear students...just look at the basic things...measuring cylinder pun tak kenal....huaaaaa...nangis cikgu kimia cam nih...is this the generation that we have generate????

sedih...yang kelakarnyer...there are 1 formula that has been given to the students in the question booklet...boleh pulak dia persoalkan...kate soalan yang salah...pandai sungguh anak murid sekarang nih yer....

Anyway all beloved students...hope that you'll notice that there are a lot to do before the trial exam......

mmm, tomorrow will be the last day of school...the school session will be break for half semester break...and sambutan awal ramadhan and kemerdekaan....

Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada semua....aim...nak memperbanyakkan solat terawih...ingat Ila...solat terawih...InsyaAllah...

Selamat Berpuasa dan Menggunakan Ramadhan sebaik mungkin...

daaa...take care

Tuesday, August 11, 2009

Menu malam tadi..

Salam Joy...

Ini menu malam tadi, which is very simple menu...
niatnyer nak masak lain, at last it turns out to be simpler...hehehhe...
[apalah ibu ni...]

but with this simple menu, adam suka sangat, coz mamat nih love fried fish very much...


Ikan cencaru goreng kicap, which turns out to be only plain friend cencaru...


Sayur kobis goreng campur rencah udang


Last sekali, sambal belacan...Hubby tak tahan pedas, so bykkan cili merah jer...

For today's menu, macam tak berasap jer dapur malam ni...ibu penat lepas jaga exam, 3 hours chemistry classes and appoinment at Klinik Ibu Mengandung yang memblurr kan my mind...

daa Joy.